Cerita Engineer 10/Senang Tak Jadi Engineer?


Kredit foto: maxis.com.my
Kerja engineer di syarikat telekomunikasi senang tak?

Jawapan saya, tengok jabatan. Ada yang senang.

Macam Optimization Engineer, dengar cerita kerjanya pergi site, pusing-pusing, tengok kekuatan signal handphone dan buat laporan. Senang kot.

Saya pernah minta tukar ke jabatan itu. Tapi bos punya bos tak luluskan permohonan. Emm, alahai! Tak apalah. Saya terus berkhidmat sebagai Project Engineer.

Ada seorang kawan sekuliah dapat jadi Optimization Engineer. Dia pun pernah minta tukar ke jabatan lain. Katanya sebab bosan. Tapi tak lulus juga. Ha ha.

Begitulah kalau bos dah sayang. Cewah.

Rindu bekerja di Maxis.

Comments

Popular Posts