Cerita Engineer 9/Engineer Maxis Bertukar
Satu malam, kerja di tapak projek baru siap. Kalau sampai rumah baru makan, lapar sangat.
Ikut hati, saya berhenti sahaja di satu tempat makan terbuka.
Entah kenapa macam kecoh pula jadinya. Ada seorang terus bergegas pergi, seorang lagi menyusup diri sedang orang lain mengerling sambil berbisik-bisik, berpakat-pakat dan pergi menjauh.
Saya makan dengan selamba. Sebaik melangkah ke kereta, ada brader menegur.
"Bai, engkau bukan polis, kan?"
Kereta Maxis berwarna putih, ada logo di tepi, susuk engineer segak berdiri, habis penjual video lucah dan cetak rompak lari.
Syukur. Alang-alang jadi engineer dapat juga berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Amin.

Comments
Post a Comment