Cerita Engineer 3/Perbezaan Antara Engineer Swasta dan Kerajaan

Apa beza antara engineer swasta dan engineer kerajaan?

Sedang saya pontang-panting di lapangan, kawan engineer di sebuah jabatan kerajaan elok pakai jaket menunggu dokumen untuk ditandatangan. Sekejap lagi beliau akan mengendalikan satu mesyuarat pula. Beliau jadi pemutus kata. Nasihat beliau selalu ditadah staf yang lain.

"Berbaloilah lepas penat-penat belajar," itu kata beliau.

Ada sekali, saya terpaksa tangguh urusan qada hajat hingga benar-benar terdesak. Meredah pintu tandas, kaki tiba-tiba terpaku dan mata terbeliak ke atas.

Seorang juruteknik sedang membaikpulih wayar elektrik. Dari atas tangga lipat itu, sudut pandang beliau setajam mata helang; boleh nampak ke dalam setiap bilik-bilik kecil di situ. Oh!

"Masuk ajelah. Ingat engineer punya special ke, lain dari yang lain?"

Huhu.

Comments

Popular Posts